Mohd Azmi Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor perlu mengguna pendekatan mendidik dan menguatkuasakan undang-undang supaya semua pegawai awam tidak berkompromi dengan kesalahan rasuah serta penyelewengan kuasa.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pentadbiran Selangor harus memastikan gejala rasuah dihakis sehingga keakar umbi.

Menurutnya, pegawai perkhidmatan awam di negeri itu perlu menjadi benteng untuk memastikan setiap urus tadbir kerajaan berjalan dengan cekap dan berintegriti.

“Adalah menjadi suatu keiltizaman yang perlu ditegaskan dalam memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa untuk memberi keyakinan kepada rakyat Selangor bahawa pentadbiran Selangor berada dalam keadaan bersih dan telus.

“Kami berpendapat penegasan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata sedang mengikuti dengan dekat beberapa jabatan yang berkenaan serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah, perlu didukung oleh seluruh ahli pentadbiran negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmi menggesa agar penglibatan NGO disertakan dalam kempen membentaras rasuah disemua peringkat manakala kerajaan negeri wajar mengguna pendekatan dari bawah keatas untuk menghakiskan gejala rasuah.

Ujarnya, dalam keadaan rakyat serba buntu untuk meneruskan kehidupan yang sangat sukar dimasa pandemik ini, rasuah dan penyelewengan kuasa perlu dikekang habis-habisan.

“Kami mengesa setiap wakil rakyat Selangor mengambil sikap yang jelas terhadap isu ini dan bersama melakukan usha membanteras rasuah disemua peringkat.

“Memang benar konsep kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan, bahawa tiada sesiapa dianggap bersalah sehingga prinsip ketelusan dipertahankan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada tolak ansur pegawai awam terlibat rasuah, salah guna kuasa