KUALA LUMPUR – Dua penerjun elit negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang berpotensi untuk menghadiahkan pingat pertama Malaysia di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan turun beraksi hari ini.
Pandelela-Mun Yee akan melakukan terjunan dalam aksi final 10 meter (m) platform seirama di Pusat Akuatik Tokyo pada pukul 2 petang ini.
Mereka akan berhadapan dengan tujuh pasangan penerjun dari Kanada, Jerman, Great Britain, Mexico, Amerika Syarikat, tuan rumah Jepun dan China yang diwakili Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi.
Ini adalah peluang terbaik buat Pandelela untuk cuba meraih pingat emas selepas pernah memenangi pingat perak acara 10m platform individu pada London 2012 dan pingat gangsa 10m platfrom seirama sewaktu edisi Rio 2016.
Bagi Mun Yee pula, ini adalah penampilan terakhirnya di pentas Olimpik selepas terdahulu membuat kemunculan pada edisi Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012. – MalaysiaGazette