Covid-19 new record cases
Foto Facebook KKM.

KUALA LUMPUR – Negara kembali mencatatkan angka tertinggi kes harian positif Covid-19 direkodkan apabila sebanyak 17,405 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif  sudah mencecah 1,061,476.

Beliau berkata, Selangor masih merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes dan Kedah (1,112).

Ia diikuti Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531).

Terengganu pula menyusul dengan 490 kes, Sarawak (464 kes), Pahang (429 kes) dan Perak (406 kes).

Bakinya, Putrajaya (68 kes), Labuan (16 kes) dan Perlis (tiga kes), katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

BERITA LANJUT MENYUSUL

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast