Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam telah memeriksa sebanyak 1,874 kilang, 15,116 premis perniagaan, 883 tapak pembinaan dan 226 asrama penempatan pekerja.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada pemeriksaan itu juga, polis telah mengeluarkan mengeluarkan 296 kompaun dan 20 direman ke atas mereka yang melakukan kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata beliau, dalam Op Benteng yang melibatkan tentera, polis, APMM dan beberapa agensi penguatkuasa telah membuat tangkapan ke atas enam pendatang asing tanpa izin, di samping merampas sebuah kenderaan.

“Semalam juga, sebanyak 890 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah diadakan di seluruh negara 836 Operasi Penawar, 45 Operasi Benteng polis, tentera dan Rela serta sembilan SJR menerusi Operasi Benteng Aksem,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Mengenai kuarantin wajib bagi individu yang tiba dari luar negara, Hishammuddin berkata, jumlah yang tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam seramai 563 individu.

Jumlah kumulatif yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai 2020 ialah 258,485 orang, manakala jumlah masih dikuarantin di pusat kuarantin wajib (9,277 orang), jumlah kumulatif dibawa ke hospital (3,652) dan jumlah kumulatif dibenarkan pulang (245,556 orang).

Kuarantin wajib, kata beliau, dilaksanakan di 83 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast