KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menempelak Perdana Menteri dan Kabinetnya yang cuba menegak benang basah apabila mendakwa telah menjalankan tugas dengan teratur dalam soal pembatalan Ordinan Darurat.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, kenyataan itu mempamerkan keangkuhan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Jemaah Menteri terhadap teguran serta pandangan Yang di-Pertuan Agong, semalam.
“Kita amat kesal dengan sikap Muhyiddin seperti mana dizahirkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri malam tadi.
“Kenyataan itu jelas mempamerkan keangkuhan beliau dan seluruh Jemaah Menteri terhadap teguran dan pandangan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana dinyatakan dalam kenyataan baginda petang semalam.
“Kenyataan itu seolah-olah membayangkan Yang di-Pertuan Agong tidak memahami keadaan sebenarnya dan tersilap apabila menyatakan baginda amat dukacita dengan tindakan Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri cuba menyalahkan pembangkang dalam menggambarkan mereka yang menimbulkan kekeliruan dalam persoalan berkenaan.
Hakikatnya, kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari awal lagi Jemaah Menteri ingkar dengan saranan Yang di-Pertuan Agong yang telah menitahkan dalam perutusan media.
Kata beliau, perutusan dititahkan sejurus selepas Perbincangan Khas Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu pada 16 Jun lalu, supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat.
Katanya, walaupun akhirnya Parlimen telah mengadakan sidang khas bermula 26 Julai lalu, apa yang cuba disembunyikan adalah percubaan Muhyiddin untuk mengelak dari sebarang perbahasan berhubung Ordinan Darurat.
“Muhyiddin telah bertindak membelakangkan titah Tuanku dengan mencari ruang tafsiran undang-undang yang menyeleweng dari semangat sebenar Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi yang diamalkan negara.
“Apabila ditegur baginda, beliau memilih untuk menempelak baginda dan memperlekehkan sidang Parlimen dengan menempohkan persidangan pada asalnya dari jam jam 12.45 tengah hari kepada jam 2.30 petang dan pada jam 2.30 petang ditempohkan pula kepada jam 5.15 petang dan pada jam 5.15 petang ditempohkan pula kepada Isnin ini,” katanya.
Kata Mat Sabu, dalam usaha untuk kekal berkuasa, Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan negara.
“Mereka juga telah membelakang dan menghina institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen serta Perlembagaan Negara.
“Dalam suasana rakyat sedang berdepan dengan krisis wabak dan ekonomi, Presiden Bersatu ini dan seluruh Kabinetnya telah memilih untuk menimbulkan krisis politik demi menutup kegagalan mereka,” katanya.
Kata beliau, Amanah menjunjung kasih terhadap keprihatinan Seri Paduka Baginda mempertahankan Perlembagaan Negara, Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Beliau berjanji akan berdiri teguh bersama Yang di-Pertuan Agong dalam usaha baginda mempertahankan ketiga-tiga teras dan prinsip kenegaraan Malaysia itu.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya semua pihak yang ingin memperlekeh dan membelakangkan ketiga-tiga teras dan prinsip ini.
“Amanah menuntut Muhyiddin untuk bertanggungjawab terhadap tindakan penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan atas segala kecurangan Jemaah Menteri terhadap Keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan institusi Parlimen,” katanya. – MalaysiaGazette
RAKYAT WAJIB BOIKOT PRU 15…..BILA MANIFESTO DAN MANDAT RAKYAT DITELANJANGI DAN DIKENCING HANCING…..MP2 SENTIASA BERCAKARAN DALAM PARLIMEN SEBELUM DAN SEMASA PANDEMIK…..MASING2 HANYA GILA POLITIK KUASA……INGAT SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT….RAKYAT MUAK DENGAN INTEGRITI DOWN DAN SAKIT MENTAL PARA PEMIMPIN POLITIK.
MEREKA MP/ADUN YANG DIDAKWA DAN MASIH DALAM KES MAHKAMAH MASIH BEBAS KESANA KESINI DENGAN ALASAN SELAGI TIDAK DIDAPATI BERSALAH
RAKYAT BIASA MUDAH PULA DIREMANLOKAP BERGARI WPUN BELUM PASTI BERSALAH
RAKYAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI…MALANGNYA PEMIMPIN TERPILIH BAKULSAMPAHKAN HASRAT RAKYAT
Berapa la agaknye kau n semburit di bayar oleh dapig,?
Berserk depa sbb ada anjing2 macam korang ni..
Tak payah depa nak tunjuk muka n bersuarq sbb ada barua2 spt korang..
Cuba tgk kamus apa ma-ksud dukacita n murka?
Faham dulu maksudnye sebelum bercakap n perbodohkan rakyat..
Kalau dah bodoh mcm kau ni jgn tambah kelirukan rakyat