Gambar Hiasan. Foto MOHD ADZLAN, 15 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 lokaliti baharu akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di dua negeri melibatkan Terengganu dan Sabah, berkuatkuasa 3 Ogos hingga 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 21 lokaliti terletak di Terengganu membabitkan tiga mukim iaitu Mukim Jabi, Besut serta Mukim Kuala Dungun dan Mukim Sura, Dungun.

“Antara 11 lokaliti di Mukim Sura, Dungun, Terengganu ialah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati dan Batu 7.

“Sembilan lokaliti pula di Mukim Kuala Dungun, Dungun, Terengganu itu, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar serta satu lagi di Mukim Jabi, Besut, Terengganu iaitu Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan.

“Bagi lokaliti di Sabah pula membabitkan Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran dan Kampung Tagibang, Kota Marudu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, sebanyak enam lokaliti di Kelantan dan Sabah akan dilanjutkan pelaksanaan PKPD selama 14 hari, berkuatkuasa 3 Ogos hingga 16 Ogos 2021.

“Sebanyak dua lokaliti di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau.

“Empat lokaliti di Sabah pula membabitkan Ladang Agathis di Kalabakan; Kampung Nosoob,di Penampang; Kampung Gusung di Likas dan Kampung Bakalau, Beaufort,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 27 lokaliti pula akan ditamatkan PKPD setelah 14 hari menjalani arahan itu, berkuatkuasa 2 Ogos 2021.

“Antaranya 11 lokaliti di Mukim Batang Padang, Batang Padang, Perak iaitu Taman Tapah/ Taman Bunga Raya/ Kampung Datuk, Taman Sri Tapah, Kampung Baru Kampung Pahang, Kampung Tanah Mas, Taman Sri Damai 1 & Taman Sri Damai 2, Taman Sri Asoka, Kampung Batu 5 Tapah Road, Kampung Batu Melintang, Taman Tapah 2 dan Kampung Baru Pekan Getah.

“Tiga lokaliti pula di Mukim Bidor, Batang Padang, Perak iaitu Taman Awam 3 Bidor/ Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor dan Taman Bidor Jaya/ Kg Cegar Tambahan/ Kg Cegar.

“Dua lokaliti di Mukim Batu Kurau, daerah Larut, Matang & Selama, Perak iaitu Kampung Batu 19 ½, Kampung Batu 20 dan Taman Melor Fasa 1, Hilir Perak,” katanya.

Turut dikenakan ditamatkan PKPD melibatkan Kampung Serudung Baru, Tawau; tiga lokaliti dalam mukim Likas, Kota Kinabalu iaitu Taman Teluk Likas, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Kaya.

“Dua lokaliti di Sipitang pula membabitkan Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau; dua perkampungan di Sipitang iaitu Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru; Kampung Muhibbah, Beaufort; Kampung Dandulit Matunggong, Kudat.

Turut ditamatkan PKPD ialah Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast