Mohd Redzuan Md. Yusof

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menutup Parlimen, sebaliknya ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan kepada penilaian risiko.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, pembangkang sepatutnya memberi kerjasama kerana arahan penangguhan itu dibuat mengikut Akta 342.

“Kita bukan tutup, kita tangguhkan Parlimen itu pada satu masa, yang mana KKM dan juga menurut Akta 342 akan memberi makluman nanti dengan melonggarkan perhimpunan itu menerusi SOP yang lebih baik.

“Selama empat hari kita bersidang dari 26 hingga 29 Julai lalu, kita bersidang dengan SOP yang cukup ketat, tetapi ada juga jangkitan berlaku,” katanya kepada media selepas penyerahan Kit Makanan Skuad Prihatin kepada 70 keluarga di Dewan Persatuan Penduduk E/F, Wangsa Maju di sini, hari ini.

Beliau menegur pembangkang, yang tidak berpuas hati dengan penangguhan itu telah mempolitikkan isu berkenaan seperti mempergunakan anak muda untuk berhimpun secara haram di ibu kota, semalam.

“Kadang-kadang kita lihat golongan ini seperti tidak faham dengan situasi semasa, yang mana kerajaan bertungkus lumus memerangi Covid-19, tetapi mereka cuba mencetuskan kes baharu.

“Mereka sudah berkumpul, jadi, mereka kena bertanggungjawab jika wujud kluster baharu yang berkaitan dengan perhimpunan haram itu,” katanya.

Kata Mohd Redzuan, pembangkang dan penyokongnya harus sedar kes positif Covid-19 hari ini terlalu sukar untuk dikawal, tambahan dengan adanya varian ganas seperti Delta.

Jelas beliau, kerajaan telah buat yang terbaik dalam mengekang penularan wabak itu dengan menasihat dan meminta seluruh rakyat menjaga diri, kita jaga kita, jangan berhimpun dan sebagainya.

“Tetapi, mereka degil dan golongan inilah yang saya bimbang bertanggungjawab mewujudkan kluster yang baharu.

“Kalau tidak puas hati, kita ada saluran tertentu untuk menyuarakannya, tidak perlulah hendak buat demostrasi jalanan.

“Saya nampak perhimpunan semalam sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu, terutama pembangkang kerana beberapa pemimpin yang dilihat hadir dalam perhimpunan itu dari pembangkang,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta semua Ahli Parlimen memberi masa secukupnya kepada KKM untuk membuat penilaian risiko sendiri sebelum membolehkan Dewan Rakyat disambung semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. biasalah drama TAMIL berbelit apatah lagi HERONYA dapat pengampunan DIRAJA…jika tidak masih tidor kencing di sg buluh….hero tamil ini yg canang kegagalan menangi covid..tetapi jadi BISU PEKAK BUTA bila tempatnya dan wan azizah jadi juara COVID setiap hari dan berbulan2

    Hero nilah yang cetus penDERHAKAAN pada YDPA…tanpa bersYukur terAMPUN ….menyalak GILA DAN mnecabar dimahkamah supaya Ordinan Darurat MESTI DIBATALKAN DIMANSUHKAN….MEMAKSA sidang parlimen diadakan masa covid…terbukti ada kluster Parlimen….

    bila dengar berita Darurat dibatalkan makin bertambah GILA…jadi hero membantah pula.

    Anwarfikun juga telah memperbodohkan YDPA dengan mencanangkan sudah ada NOMBOR EKOR majoriti menyakinkan… SEBAB UTAMA bahawa P unah H arapPAN tumbang kerana desakannya nak jadi pm

Comments are closed.