Indonesia akhirnya meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo.

TOKYO – Indonesia akhirnya meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo selepas pasangan Greysia Polii-Apriyani Rahayu memenangi perlawanan akhir acara beregu wanita di Musashino Forest Sport Plaza di sini haru ini.

Gandingan emas Sukan SEA 2019 itu terpaksa berhempas pulas menewaskan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dengan 21-19, 21-15 dalam tempoh hampir sejam.

Ia menjadi kemenangan keempat gandingan di ranking keenam dunia, Greysia-Apriyani ke atas pasangan China itu sepanjang 10 pertemuan.

Kali terakhir Greysia-Apriyani menang atas pasangan dengan peringkat ketiga dunia itu pada Kejohanan Dunia 2019 menerusi keputusan sengit 25-23, 23-21.

Indonesia kini memungut satu emas, satu perak dan dua gangsa di Sukan Olimpik 2020 Tokyo setakat ini. – MalaysiaGazette