Tengku Tan Sri Azlan Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dikurniakan Sultan Pahang sebagai kerabat bergelar Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar berkuatkuasa 30 Julai lalu.

KUANTAN – Tengku Tan Sri Azlan Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dikurniakan Sultan Pahang sebagai kerabat bergelar Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar berkuatkuasa 30 Julai lalu.

Seterusnya, Tengku Datuk Seri Sri Zulkifly Tengku Ahmad dikurniakan Orang Besar Berempat membawa gelaran Yang Dihormat Mulia Orang Kaya Indera Segara berkuatkuasa 15 Julai lalu.

Manakala penerima ketiga Ariffuddin Mohamud yang dikurniakan Orang Besar Raja yang membawa gelaran Yang Hormat Tok Pentara Raja berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN :

Sultan Pahang tarik balik gelaran Datuk Boy Iman, Farid Kamil

Fahami mesej jelas Sultan Selangor mengenai rasuah

Sultan Kelantan perkenan Istana Balai Besar dibuka kepada rakyat untuk pemberian vaksin

Sultan Pahang yang juga Yang Di-pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran bagi kerabat itu seperti termaktub dalam Perkara 28 dan dan Perkara 29 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang berkaitan Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Bagi Kerabat Bergelar dan Orang-Orang Besar Negeri Pahang.

Pengisytiharan itu diumumkan menerusi kenyataan media oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman.

“Perkara 28 (Bahagian Pertama) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan bahawa Raja Pemerintah ialah punca bagi segala pangkat-pangkat kebesaran dan pangkat-pangkat kemuliaan di dalam Negeri dan Baginda sahajalah seorang yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan pangkat-pangkat kemuliaan dan mengadakan pangkat-pangkat kebesaran atau kurniaan.

“Selanjutnya Fasal ( 1 ) Perkara 29 ( Bahagian Pertama ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan bahawa Raja Pemerintah berhak mengurniakan ke atas siapa-siapa jua, baik raja atau bukan raja, apa-apa gelaran atau pangkat-pangkat kemuliaan yang ada sekarang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual,” katanya.- MalaysiaGazette