Naib Presiden PKR, Tian Chua (kanan) serta sebahagian pimpinan parti MUDA yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 03 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menasihatkan anak-anak muda yang menyertai Himpunan #Lawan Sabtu lalu agar tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Setiausaha Agungnya, Amir Abd Hamid sebaliknya berkata, mereka perlu berbuat demikian sekiranya pihak polis menghubungi dan meminta untuk hadir memberi kenyataan di balai polis terdekat.

“Tak perlu takut, abang-abang polis sebenarnya baik-baik saja, mereka menjalankan tugas, kita pun beri kerjasama, perlu siasatan kita akan beri kerjasama.

“Tapi tunggu sehingga anda dihubungi, tak perlu serah siri pada saya,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Terdahulu beliau bersama Naib Presiden PKR, Tian Chua serta tiga pemimpin MUDA dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung penyertaan mereka dalam Himpunan #Lawan, Sabtu lalu.

Artikel berkaitan:

Semasa sesi rakaman percakapan hampir sejam setengah itu, kesemua pemimpin pembangkang itu ditemani empat peguam bela yang mewakili pihak penganjur himpunan iaitu Sekretariat Solidariti Rakyat.

Dalam pada itu, Amir turut mengingatkan peserta himpunan itu agar tidak gentar meskipun wajah mereka terpampang dan dikehendaki pihak polis.

“Sekiranya mereka dihubungi oleh pihak polis, boleh hubungi Lokman dari Sekretariat Solidariti Rakyat akan ada bantuan guaman.

“Mereka akan sediakan bantuan guaman secara percuma untuk membantu rakan-rakan, jangan takut….jangan risau,” katanya.

Katanya lagi, orang ramai juga dinasihatkan tidak berkongsi gambar anak-anak muda yang menyertai himpunan itu kerana kebanyakan mereka pertama kali terlibat dalam perhimpunan aman itu.

“Saya nak minta kerjasama rakan-rakan kalau boleh janganlah kita sebarkan gambar-gambar rakan-rakan yang berada di sana (himpunan #Lawan).

“Ramai di antara mereka turun pertama kali kerana mereka sudah penat dengan keadaan semasa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. orang ramai juga dinasihatkan tidak berkongsi gambar anak-anak muda yang menyertai himpunan itu kerana kebanyakan mereka pertama kali terlibat dalam perhimpunan aman itu.

    “Saya nak minta kerjasama rakan-rakan kalau boleh janganlah kita sebarkan gambar-gambar rakan-rakan yang berada di sana (himpunan #Lawan).

    WOW HEBATNTA…tidak BERFIKIR.menyusahkan pihak lain dengan sengaja berhimpun HARAM semasa PKP…sebab ada DALANG dibelakangnya….NILAH ANAK MUDA KAYANGAN

Comments are closed.