KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak mula mendesak polis mengambil tindakan tegas ke atas peserta termasuk Ahli Parlimen dan pemimpin parti politik yang menyertai perhimpunan haram di Dataran Merdeka, semalam.
Desak dari Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahu semua mereka yang terlibat itu dikenakan hukuman ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, sebagaimana dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebarang perhimpunan sepanjang pandemik Covid-19 tidak dibenarkan dan salah.
Beliau menegaskan, perbuatan berhimpun oleh Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) itu jelas menyalahi SOP, selain membangkitkan kemarahan rakyat dengan penularan kes Covid-19.
“Selama ini rakyat bersabar, mematuhi peraturan dan SOP dengan harapan kes positif akan menurun dan dapat kembali menjalani kehidupan normal, tetapi pemimpin politik sendiri melanggar SOP sehingga mengundang peningkatan kes.
“Oleh itu, polis mesti bertindak tegas terhadap kesalahan ini, tidak kira mereka wakil rakyat atau apa. Salah tetap salah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Zai, rakyat boleh bersabar apabila surau dan masjid tidak dibuka, begitu banyak perniagaan ditutup dan menanggung kerugian kerana menyedari itu sebagai langkah menangani wabal Covid-19.
Tetapi tegas beliau, apabila pemimpin sendiri melanggar SOP PKP dan Akta 342, rakyat terguris hati.
“Sepatutnya Ahli Parlimen pembangkang menunjukkan contoh baik, bukan mempamerkan perbuatan negatif sehingga menjejaskan usaha kerajaan memulihkan negara pada fasa Covid-19,” katanya.
Beliau menyeru seluruh rakyat dan pemimpin mematuhi segala peraturan ditetapkan kerajaan demi memastikan negara berjaya keluar daripada wabak Covid-19.
Katanya, UMMAH telah membuat laporan polis semalam, meminta semua yang terlibat disiasat. – MalaysiaGazette
diDOAkan semua 107 MP PEMBANGKANG TERKENA COVID….jika dikompaun rm10000-20000 MEREKA boleh Bayar atau lancarkan Tabung derma spt sadiq shigaragar DAN lge tabung P unah H arapan….mereka terlalu sombong dengan UJIAN ALLAH….kesombongan mereka akan dibalas jua….sama dengan kump Baju hitam
depan mata mencanak dan frontliner bermatian2 hendak menyelamatkan nyawa rakyat…mp P unah H araPAN terus mengencing ….kluster Parlimen jejak 70KES
penjual burger kena rm 50000 SEORANG