Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Mohamed Fadzil bercakap kepada media selepas memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil meminta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dapat menasihati pihak daripada pemimpin kerajaan dan ahli Parlimen lain supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan tanpa memfokus hanya kepada pembangkang sahaja.

“Ya. saya harap KP Kesihatan memberikan nasihat seperti mana kepada kami juga kepada yang lain di sebelah kerajaan yang Parlimen tak boleh bersidang pada 2 Ogos lalu supaya mematuhi SOP.

“Mantan KP Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Sulaiman menyatakan seorang KP Kesihatan mesti bersifat profesional memberi nasihat tanpa memihak kepada mana-mana pihak politik.

“Maka saya harap Noor Hisham beri nasihat dan pandangan beliau tentang mereka yang berkumpul beramai-ramai bukan sahaja malam tadi dan juga malam-malam kebelakangan ini.

“Jangan ada satu keadaan yang mana hanya setengah orang menerima nasihat beliau tapi yang lain tak terima langsung,” katanya ketika ditemui selepas merakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Ditanya aspek manakah yang dilihat Kementerian Kesihatan mengamalkan ‘double standard’, Fahmi menegaskan rakyat boleh menilai sendiri perkara tersebut.

Katanya, memang ada keperluan untuk penjawat awam bertindak neutral dalam menjalankan tugas mreka tanpa memihak kepada mana-mana pihak berunsur politik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. siapa terlebih makan cili…maka rasalah nikmat pedas dan siapa banyak luka rasailah nikmat sakitnya

Comments are closed.