Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Penasihatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dengan penarikan sokongan lapan Ahli Parlimen dari UMNO terhadap Muhyiddin, maka beliau tidak mempunyai majoriti.

“Kalau tak ada majoriti, macam mana dia boleh kekal sebagai Perdana Menteri? Dia tak ada majoriti kerana kita faham lapan Ahli Parlimen dari UMNO telah tarik diri daripada menyokongnya dan juga kerajaan PN.

“Jadi, kerana mereka (UMNO) keluar, maka majoriti Muhyiddin sudah tidak ada. Kenapa dia nyatakan bahawa dia ada (majoriti)?,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pejuang petang ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau tidak bersetuju penetapan 6 September sebagai tarikh untuk persidangan Parlimen diadakan, malah mahu mesyuarat itu diadakan sekarang.

Kata beliau, usul undi percaya kepada Perdana Menteri sebagai mana ditetapkan Muhyiddin pada September ini patut diadakan sekarang bagi membolehkan semua Ahli Parlimen membincangkan kedudukannya.

“Pada masa itu, bolehlah kita bincang mengenai kedudukannya, tetapi apa yang kita percaya ialah Muhyiddin waktu ini tidak ada majoriti.

“Sepatutnya, dia adakan mesyuarat (Parlimen) untuk tentukan (kedudukannya) sekarang ini, bukan bulan September.

“Kita mahu adakan Parlimen supaya kita dapat tentukan kedudukan sama ada dia mempunyai majoriti ataupun tidak.

Berita selanjutnya akan menyusul

1 Komen

  1. Dok terbayang maca tum mana nanti dalam kuboq pening kepala mungkar dan Nakir dok soal jawab dengan Tun m…alih2 Tun m soal depa balik

Comments are closed.