Jangkitan Covid-19 hanya menunjukkan penurunan 200 kes dengan hari ini sebanyak 21,468 kes dilaporkan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes sembuh baharu akibat jangkitan Covid-19 mencatat jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 16,394 kes.

Berikutan itu jumlah kumulatif pesakit yang pulih daripada jangkitan wabak tersebut meningkat kepada 993,020 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, jumlah kes yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) turut tinggi dengan 1,096 kes manakala 545 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 160 lagi kematian baharu direkodkan menjadikan angka korban setakat ini berjumlah 10,179 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah kes dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 221,396.

Terdahulu hari ini, Noor Hisham memaklumkan, kes positif baharu harian Covid-19 mencecah lebih 20,000 kes untuk dua hari berturut-turut dengan hari ini sebanyak 20,889 kes dilaporkan.

Pertambahan itu menjadikan bilangan keseluruhan yang dijangkiti wabak tersebut kini berjumlah 1,224,595 kes.

Beliau memberitahu, daripada jumlah kes baharu hari ini sebanyak 20,876 merupakan penularan tempatan manakala 13 adalah kes import. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast