Ciapan Annuar berhubung perkiraan 'Matematik' Ahmad Maslan mengenai kedudukan Muhyiddin dan kerajaan PN.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerima sindiran sinis daripada Tan Sri Annuar Musa mengenai kiraan sokongan yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin peroleh ketika ini.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang digugurkan itu menyifatkan Ahmad Maslan terlebih Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) dengan perkiraan yang dianggapnya tidak tepat.

“Adoi… tak tau apa nak cakap dengan dia (Ahmad Maslan).. terlebih CGPA,” sindir Annuar menerusi ciapan Twitternya malam tadi.

Ahli Parlimen Pontian itu menerusi Twitternya @ahmadmaslan semalam, memuatnaik status jumlah sokongan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menyokong Muhyiddin serta mereka yang setia kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam perkiraan itu, Ahmad Maslan menyatakan, 31 daripada 42 Ahli Parlimen UMNO dan BN menyokong Muhyiddin, manakala bakinya 11 orang lagi tidak menyokong.

Dengan itu, menurut beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bermesyuarat pada 3 Ogos lalu mempunyai 114 kerusi dengan blok pembangkang 106 kerusi.

Bagaimanapun, tolak 11 Ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong selepas mesyuarat MKT, maka PN mempunyai 103 kerusi.

Namun, Ahmad Maslan tidak memasukkan fakta tiga Ahli Parlimen dari PKR pada Februari dan Mac lalu yang telah melompat keluar parti itu, menjadikan kerajaan PN ketika itu 117 kerusi, pembangkang 103 kerusi.

Tiga yang lompat itu ialah Larry Sng Wei Shien (Parlimen Julau), Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) dan Datuk Dr. Xavier Jayakumar (Kuala Langat).

Bagaimanapun, selepas perkiraan semula dibuat sehingga semalam, berdasarkan fakta berkenaan, kedudukan PN ketika ini ialah 103 kerusi, manakala blok pembangkan 117 kerusi.

Inilah yang dimaksudkan oleh Ahmad Maslan bersandarkan kepada nombor yang ada sekarang.

Meninjau ruangan komen Twitter Annuar itu, majoriti netizen ‘menyerang’ beliau dengan pelbagai kata kecaman, sindiran dan nasihat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Puak umno kluster wak jahid hanya pentingkan diri bukannya rakyat.. Kalau setakat ahli parti sokong tk kemana pun.. Rakyat yg diluar yg tentukan parti umno/bn tu menang atau tidak.
    Ahmad maslan tu kalau tk buat salah kenapa takut sgt kt mahkamah.

Comments are closed.