Prof Dr Roziah Mohd Janor

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Tinggi menangguhkan pelantikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Roziah Mohd Janor sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menerusi sekeping surat bertarikh 7 Ogos yang tular, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Husaini Omar memaklumkan penangguhan itu adalah sehingga keputusan baharu dibuat oleh pihak kerajaan.

Berdasarkan kandungan surat tersebut, Roziah sepatutnya dilantik ke jawatan baharunya itu berkuatkuasa esok.

UiTM kini diterajui Naib Canselor, Prof Emeritus Datuk Ir Mohd Azraai Kassim. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast