KUALA LUMPUR – Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, 83, yang sedang dirawat selepas dijangkiti Covid-19 menunjukkan tindak balas yang baik dalam rawatan.

Berikutan itu, sebarang spekulasi yang mengaitkan bekas ketua setiausaha negara itu adalah tidak benar.

“Alhamdulillah, beliau memberi maklum balas yang baik,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

Ahmad Sarji Abdul Hamid dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras kerana komplikasi penyakit virus Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast