Taufiq melawat Sulap Rezeki FPSK, satu Bank Makanan khusus untuk pelajar yang berkeperluan.

KUALA LUMPUR – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan Sulap Rezeki sebagai satu inisiatif dalam membantu pelajar berkeperluan di dalam kampus untuk mendapatkan sumber makanan sepanjang tempoh pandemik ini.

Kemudahan tersebut merupakan usaha berterusan UMS yang sentiasa menitik beratkan
aspek pembangunan dan kebajikan pelajarnya sepanjang mereka berada di dalam kampus sejajar dengan misi universiti untuk melahirkan graduan yang yang seimbang dan berketerampilan.

Sulap Rezeki dirasmikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun
Hin.

Sulap Rezeki itu berfungsi sebagai pusat kepada pelajar yang berkeperluan mendapat rezeki makanan secara percuma.

Selain itu memberi peluang kepada kakitangan FPSK untuk memberi sumbangan mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing sesuai dengan slogan ‘Ambil Jika Perlu, Kongsi Jika Mampu’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast