Gambar hiasan. Foto Reuters

MELBOURNE – Harga minyak turun 2% dalam dagangan hari ini, melanjutkan kerugian mendadak minggu lalu berikutan kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan peningkatan wabak Covid-19 Asia, terutama China bakal menjejaskan pemulihan global dalam permintaan bahan bakar.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$ 1.41, atau 2%, kepada AS$ 69.29 setong pada 0125 GMT, setelah merosot 6% minggu lalu, kerugian mingguan terbesar mereka dalam empat bulan.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) A.S. jatuh AS$ 1.32, atau 1.9%, kepada AS$ 66.96 setong, setelah merosot hampir 7% minggu lalu dalam penurunan mingguan mereka yang paling curam dalam tempoh sembilan bulan.

“Kebimbangan tentang permintaan minyak global muncul kembali susulan lonjakan kes jangkitan varian Delta,” kata penganalisis RBC Gordon Ramsay dalam nota penyelidikannya.

Penganalisis ANZ menunjukkan sekatan baharu di China, pengguna minyak kedua terbesar di dunia, sebagai faktor utama yang mengaburkan prospek pertumbuhan permintaan.

China telah melaksanakan sekatan baharu tu termasuk pembatalan penerbangan, amaran oleh 46 bandar raya terhadap perjalanan, dan had perkhidmatan pengangkutan awam dan teksi di 144 kawasan yang paling teruk dilanda jangkitan pandemik itu.

Pada hari Isnin, China melaporkan 125 kes baharu Covid-19, bertambah daripada 96 ke sehari sebelumnya. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast