M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini hari ini menetapkan 13 September ini bagi tarikh sebutan semula kes rasuah melibatkan tiga anggota polis.

Tarikh itu ditetapkan ke atas ketiga-tiga mereka, Lans Koperal Mohamad Taufik Abdul Aziz, 31; Konstabel Mohamad Fazli Nordin, 28, dan Konstabel Shahrul Norhan Sirhan, 26, selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim Mohamad Anas Mahadzir turut mengenakan ikat jamin masing-masing RM5,000 bagi setiap mereka dengan seorang penjamin.

Mereka dituduh bersama-sama pada 25 Jun lalu menerima suapan wang tunai sebanyak RM2,000 daripada seorang individu untuk tidak melaporkan kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor dituduh melakukan perbuatan itu di Lorong Haji Mughni, Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, dekat sini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan setiap mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadhli Ab. Wahab.

Masing-masing membayar ikat jamin yang dikenakan dan seorang daripada mereka perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM sementara menunggu tarikh sebutan sebulan 13 September ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast