Op Gegar dianggotai 21 pegawai Jabatan Imigresen Pahang menahan 11 orang pelacur warga asing di Kuantan, Pahang semalam.

KUANTAN – Seorang penjawat awam antara yang ditahan bersama 11 pelacur kerana dipercayai menjadi dalang apabila melindungi sarang maksiat di Kuantan.

Menurut sumber, penjawat awam lelaki berkenaan merupakan anggota pasukan keselamatan.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan kegiatan perkhidmatan seks dikesan menerusi aplikasi WeChat dan Michat bagi menarik pelanggan terbongkar apabila diserbu sepasukan Jabatan Imigresen Negeri Pahang dalam Op Gegar di Kuantan.

ARTIKEL BERKENAAN :

Pelacur warga asing cari pelanggan guna aplikasi Michat

Ketua Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Jeffri Nasir berkata, operasi tersebut dianggotai oleh 21 pegawai telah memeriksa dua buah rumah sewa di Lorong Galing dan Taman Imbi, di Kuantan.

“Hasil daripada operasi tersebut turut ditahan adalah seorang lelaki warganegara Malaysia yang juga merupakan seorang penjawat awam dan didapati telah tinggal dan berada bersama-sama dengan Warganegara Asing tersebut.

“Seramai sebelas 11 orang wanita warganegara asing daripada Thailand disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963(Akta 155),” katanya. – MalaysiaGazette