Seorang suspek diiringi dua anggota polis selepas ditahan di Adana, Turki. foto AA

ISTANBUL – Pihak berkuasa Turki menahan 76 suspek dan merampas 4, 122 artifak sejarah dalam operasi anti-penyeludupan berskala besar yang dilakukan di Turki dan luar negara, lapor media tempatan.

Menurut penyiar TRT, operasi serentak telah dilakukan di 108 alamat di 30 wilayah di seluruh Turki dan menangkap 92 suspek penyeludup, termasuk pengumpul.

Setakat ini seramai 76 daripadanya telah ditahan.

Sebanyak 4.122 artifak sejarah telah disita dalam empat serbuan berasingan yang dilakukan di beberapa alamat di Turki, Bulgaria, Kroasia, dan Serbia, tambah TRT.

Operasi itu dimulakan selepas para pendakwa Turki mendapati sebuah organisasi jenayah terancang memindahkan artifak sejarah secara haram dari Turki untuk dijual dalam lelongan di Amerika Syarikat dan Eropah. –  Xinhua