Kim Yo Jong. foto AP

SEOUL – SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat harus menerima akibat kerana menjalani latihan ketenteraan bersama yang akan bermula minggu ini, kata Kim Yo Jong.

Yo Jong adalah seorang pegawai berkuasa Korea Utara dan saudara perempuan kepada Kim Jong Un.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan latihan awal pada hari Selasa dan latihan simulasi komputer yang lebih besar dijadualkan untuk minggu depan, kata sumber tentera kepada Reuters.

Latihan itu menyebabkan ketegangan di Semenanjung Korea meningkat setelah Seoul dan Pyongyang bersetuju pada bulan Julai untuk menyambung semula talian hotline yang telah dipotong tahun lalu.

Reaksi Korea Utara yang memiliki senjata nuklear terhadap latihan tersebut juga memberi ancaman kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae-in untuk membuka kembali pejabat penghubung bersama yang diletupkan Pyongyang tahun lalu dan untuk mengadakan sidang kemuncak sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan hubungan.

Yo Jong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita negara Korea Utara, KCNA berkata: “Latihan itu adalah “tindakan pemusnahan diri yang harus dibayar dengan harga yang mahal kerana mereka mengancam keselamatan rakyat kita dan seterusnya mengancam keadaan Semenanjung Korea”.

Dia menuduh Korea Selatan “bersikap tidak senonoh” kerana meneruskan latihan hanya beberapa minggu setelah bersetuju untuk membuka semula talian hotline.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Martin Meiners enggan mengulas mengenai kenyataan Korea Utara itu. – Reuters

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast