KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,971 kilang di seluruh negara diperiksa semalam, dalam operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan.
Turut diperiksa, 16151 premis perniagaan, 1,020 tapak pembinaan dan 312 asrama penempatan pekerja.
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dari keseluruhan operasi itu, sebanyak 60 premis gagal mematuhi SOP dan diarahkan tutut serta merta.
Kata beliau, operasi itu melibatkan kekuatan 18,432 anggota pihak berkuasa yang melakukan 78,506 pemeriksaan dan snap check Covid-19.
“Dalam operasi itu juga seramai 180 individu dikenakan kompaun dengan 21 daripadanya direman kerana kesalahan ingkar SOP,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau turut menyatakan, seramai 12 pendatang asing tanpa izin ditangkap menerusi Operasi Benteng kawalan sempadan negara semalam.
Dalam operasi itu, masing-masing dua kapal atau bot dan kenderaan darat dikesan melalui aktiviti penglihatan.
Operasi Benteng melibatkan anggota tentera, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi lain.
“Semalam juga, sebanyak 918 Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan iaitu menerusi Operasi Penawar 864, Operasi Benteng (polis, tentera, Rela) 45 dan Operasi Benteng (AKSEM) sembilan SJR. – MalaysiaGazette