Gambar hiasan

GERIK –  Dua tan durian kampung yang dibawa masuk dari Thailand dirampas susulan tidak mematuhi syarat import.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak dalam satu kenyataan berkata, rampasan itu dibuat selepas pihaknya memeriksa sebuah lori yang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu di sini, pada jam 3 petang semalam.

“Semakan mendapati dua tan buah durian yang dibawa masuk dari Thailand itu tidak mematuhi syarat import 3P yang ditetapkan iaitu pelabelan, pengredan dan pembungkusan.

“Kesemua buah-buahan tersebut yang bernilai kira-kira RM7,000 ditahan untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya, tindakan melanggar syarat import merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Sekiranya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000, penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) akta yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast