Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menampal pelekat kereta semasa lawatan Eksesais Taming Sari Siri 20/21 di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Hampir keseluruhan barisan anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  telah menerima suntikan lengkap vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 132, 885 tentera telah lengkap menerima dua dos vaksin merupakan anggota yang ada di dalam kem tentera ketika ini.

“Setakat ini 95 peratus dan boleh anggap 100 peratus sebab tidak semua ada dalam kem. Ada bertugas di luar dan sudah  kursus luar negara.

“Secara keseluruhan, anggota yang berada dalam kem negara sudah divaksin lengkap dua, sekarang proses memberi vaksin kepada ahli keluarga mereka.

“Perlu mendapat vaksin lebih awal kerana tentera perlu melengkapkan vaksin terlebih dahulu kerana menjaga benteng pertahanan negara,” katanya yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau berkata demikian sejurus lawatan Eksesais Taming Sari Siri 20/21 di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) di Tanjung Gelang, Kuantan yang berlangsung selama enam hari bermula 9 Ogos hingga 14 Ogos ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, kesemua aset pertahanan negara bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam melindungi tanah air.

“Kita mempunyai kapal dan aset laut bersedia bila-bila masa apabila diperlukan untuk memastikan kita mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

“Ketibaan aset dua buah lagi Kapal Misi Pesisir (LMS) yang dijangka tiba pada hujung tahun ini. Terdahulu dua buah LMS dan helikopter dari Amerika Syarikat sudah selamat sampai.

ARTIKEL BERKAITAN :

TPM beri peringatan agar kesesakan pekerja asing di PPV tidak berulang

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM

Esksesais terbesar melibatkan 1,080 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terdiri daripada sembilan buah kapal, lima buah Fast Combat Boat (FCB), sebuah kapal selam, dua Super Lynx TLDM, empat pesawat TUDM dan aset APMM.

Objetif eksasis mewujudkan suasana peperangan sebenar dalam aspek perancangan dan perlaksanaan di samping meningkatkan kesiagaan asset TLDM. – MalaysiaGazette