Kaoru Mitoma.- Foto The Athletic.

KUALA LUMPUR – Bintang Jepun di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Kaoru Mitoma akhirnya melengkapkan perpindahan dengan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan dari kelab J. League, Kawasaki Frontale.

Mitoma yang tersenarai dalam kesebelasan utama terbaik saingan J. League pada musim 2020.
Dia menjaringkan 13 gol dalam 30 perlawanan dan membantu Kawasaki memenangi trofi divisyen utama untuk kali ketiga dalam tempoh empat musim.
Mitoma menjaringkan lapan gol dalam 20 perlawanan J1 musim ini selain beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di mana Jepun menamatkan saingan di tempat keempat.

Selepas melengkapkan perpindahan, Mitoma bakal dipinjamkan ke kelab Belgium, Royale Union Saint-Gilloise yang turut dibeli oleh pemilik Brighton, Tony Bloom.

Selain Mitoma, beberapa pemain Kawasaki Frontale turut beraksi di Eropah musim ini seperti Ko Itakura yang menyertai Manchester City pada 2019, Hidemasa Morita yang beraksi bersama kelab Portugal, Santa Clara serta Ao Tanaka yang menyertai kelab divisyen dua Jerman, Dusseldorf secara pinjaman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast