Trader, Ismail Jusoh watching the live telecast of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s special address on seeking bipartisan support at Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 13 AUGUST 2021 anti-party hopping law two terms PM bipartisan support government
Trader, Ismail Jusoh watching the live telecast of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s special address on seeking bipartisan support at Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 13 AUGUST 2021 Peniaga, Ismail Jusoh menonton Perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mensenai Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Raja Boat, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat dapat membuktikan sokongan majoriti untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) melantik Perdana Menteri baharu.

Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apabila keadaan itu berlaku, Kabinet baharu dan kerajaan tidak dapat dibentuk.

“Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya sahaja berhenti menjadi Perdana Menteri bahkan Kabinet sedia ada turut terbubar.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, saya hendaklah meletakkan jawatan seluruh anggota Jemaah Menteri. Ini bermakna Kerajaan PN yang mentadbir negara pada masa ini akan jatuh,” katanya dalam perutusan secara langsung hari ini.

Muhyiddin juga melahirkan rasa sedih apabila beberapa ahli Parlimen menarik sokongan kepadanya sehingga menimbulkan keraguan mengenai keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

“Saya berasa agak sedih dan dukacita dengan perkembangan politik yang sedang berlaku mutakhir ini. Malangnya dalam keadaan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet berhempas pulas mengurus pandemik, beberapa ahli Parlimen telah menarik sokongan kepada saya.

“Ini menimbulkan keraguan tentang keabsahan saya sebagai Perdana Menteri dan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah,” katanya lagi.

Muhyiddin juga berkata, dalam keadaan ini, beliau mempunyai dua pilihan menurut Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya beliau boleh memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya atau meletak jawatan.

“Pilihan saya yang paling mudah ialah meletak jawatan. Jika saya mengambil keputusan ini, maka selesailah urusan saya dan terserahlah kepada kebijaksanaan Seri Paduka Baginda YDPA untuk memilih Perdana Menteri baharu.

“Menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Saya patuh kepada Perlembagaan dan akan mengambil jalan terhormat untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PM cadang persefahaman rentas parti bentuk kerajaan bipartisan

1 Komen

  1. Bodohnya Muhyidin ni…bila kau tak de majoriti, ko kena letak jawatan. Siapa akan jd PM tu bukan kerja kau..tu tugas Agong laaa…

Comments are closed.