Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan tanda bagus ketika tiba di kediaman peribadinya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan terakhirnya melalui siaran langsung di televisyen pada jam 3 petang hari ini.

MalaysiaGazette difahamkan perutusan itu ada kaitan dengan perkembangan politik tanahair.

Muhyiddin dan Jemaah Kabinet telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong tengah hari tadi.

Ahli Parlimen Pagoh itu telah mengadap Yang di-Pertuan Agong sebaik sahaja beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Kabinet. – MalaysiaGazette