Kenyataan bersama Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

KUALA LUMPUR – Semua 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sepakat menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti di peringkat bahagian dan cawangan untuk terus bersatu dan bersetia.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kepada media hari ini, mereka mahu semua mendokong kepimpinan parti setiap masa.

“Perbincangan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri hari ini telah bersepakat untuk menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti di semua peringkat UMNO Cawangan dan Bahagian untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

“Kita juga menggesa semua Ahli-ahli Parlimen dan kepimpinan parti mematuhi serta mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukan dalam Perlembagaan UMNO,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Ir. Hasni Mohamad (Johor), Datuk Saarani Mohamad (Perak), Datuk Seri Azlan Man (Perlis).

Turut menandatangani, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Pengerusi UMNO Kelantan), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Sabah), Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Kedah), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (Melaka), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Wilayah Persekutuan) dan Tan Sri Noh Omar (Selangor).

Menurut kenyataan itu juga, mereka meminta semua ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tata susila sebagai ahli UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast