IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani EMCO vaccination
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan tahap keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal berikutan situasi politik semasa.

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meminta orang ramai tidak gusar dan mengelak daripada membuat sebarang spekulasi.

“Selain itu polis juga meningkatkan pemantauannya bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin, Kabinet 

Tambah beliau, pihaknya juga sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat pihak menimbulkan hasutan dan menggugat ketenteraman awam.

“Orang ramai turut diminta agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak covid-19,” ujarnya. – MalaysiaGazette