Wan Ahmad Fayshal (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Presidennya, Muhyiddin di Putrajaya, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Kita akan kembali lebih kuat, Tan Sri Presiden.

Itulah kata-kata semangat dan jaminan yang disampaikan Ketua Armada, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut mengucapkan terima kasih atas jasa dan kepimpinan Muhyiddin sepanjang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Mac tahun lalu.

Ucapan itu disampaikan kepada Muhyiddin selepas Perdana Menteri itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

“Saya bangga dengan anda (Muhyiddin) dan berdiri teguh bersama dengan anda, Tan Sri Presiden.

“Terima kasih atas jasa dan kepimpinan anda. Kita akan kembali lebih kuat, Insya Allah,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Turut bersama beliau ialah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast