KUALA LUMPUR – Pas memberi jaminan akan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam apa juga situasi kemelut politik yang berlaku, tegas Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Tegas beliau, sebagaimana pendirian yang diputuskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, DUPP juga menolak sebarang kompromi bersama kelompok kleptokrat yang cuba mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa.
Katanya, beliau amat kesal dan kecewa dengan sikap rakus segelintir pimpinan politik yang mahu mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan serta kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat.
Bahkan, menurut beliau, tindakan kelompok itu telah membawa kepada situasi politik tidak stabil dan harmoni sehingga mendorong peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri di atas sumbangan dan keringat yang dicurahkan beliau sepanjang lebih 17 bulan memerintah.
“Muhyiddin bersama Kabinetnya banyak mencurahkan sumbangan dan keringat sepanjang memimpin kerajaan PN, walaupun dalam tempoh yang singkat.
“Kepada kami, beliau telah melakukan yang terbaik untuk manfaat negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan semalam.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuatkuasa serta merta dalam sesi mengadap di Istana Negara.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – MalaysiaGazette
wpun TSMY kalah dan dibenci dimata MUSUH….tapi menang di HATI RAKYAT yang mendamba bantuan di pandemik ini
Dituduh GAGAL SETELAH BERUSAHA ADALAH LEBIH MULIA daripada
BERJAYA MEMEKIK2 BERPELUK TUBUH TANPA SEBARANG IDEA dan SOLUSI
Usaha? Usaha nak jaga diri sendiri dengan kroni sampai abaikan apa yang orang nasihatkan untuk selamatkan rakyat. Cakap berbelit-belit bila dah jatuh tuding jari salahkan orang lain. Mulia je macam tu.
Geng PAS anti kleptokrat tapi menteri pas cakap berbelit-belit krjap camtu kejap camni. Menipu rakyat bila dah berkuasa.
Cer citer sikit apa yang menteri pas tu kata…nak tahu lah jugak…