Seorang petugas Prolintas sedang mengibarkan Jalur Gemilang di LKSA.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Prolintas menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang di lokasi strategik lebuh raya-lebuh raya kendaliannya.

Selain mengibarkan bendera di Lebuhraya Kemuning–Shah Alam), (LKSA), Jalur Gemilang turut dimeriahkan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Begitu juga dengan bangunan pejabat operasi, kawasan rehat dan rawat serta di kawasan hentian sebelah.

Prolintas juga aktif muat naik kandungan patriotik di beberapa platform digital seperti di akaun media sosial, ditambah dengan penganjuran peraduan foto Malaysiaku Merdeka serta paparan mesej kemerdekaan di variable message sign (VMS) di lebuh raya. – MalaysiaGazette