worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan kelonggaran beberapa kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini diberikan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan Covid-19, sebaliknya atas faktor ekonomi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai agar terus memakai pelitup muka termasuk yang dua lapis jika perlu, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.

“Elak tempat sesak dan sempit. Jaga diri dan segera mengambil suntikan vaksin,” katanya menerusi akaun Twitter.

Semalam, Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, aktiviti ‘dine-in’ atau makan di restoran dibenarkan kepada individu terbabit berkuat kuasa hari ini.

Kemudahan tambahan lain bagi negeri Fasa 1 dan seterusnya termasuk aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu.

Kemudahan tambahan itu diputuskan selepas mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang sudah melebihi 50 peratus, lebih awal daripada sasaran iaitu 31 Ogos. – MalaysiaGazette