Ismail Sabri menandatangani surat cara pelantikan dihadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri ke 9 pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan pertamanya kepada rakyat Malaysia hari ini selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan semalam.

Ucapan perdana menteri itu disiarkan secara langsung di televisyen melalui media rasmi pada pukul 5.30 petang ini.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya kira-kira pukul 10.55 pagi tadi.

Beliau memasuki pejabat kali pertama menjawat jawatan itu sebagai persediaan untuk menyampaikan perutusan tersebut.

Beliau sebelum itu bertolak dari kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort di Petaling Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast