Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menemui Pengarah Pendidikan Negeri dan guru-guru yang didakwa enggan menerima vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

Menurut Tunku Ismail menerusi akaun Twitter, keutamaan negeri Johor adalah untuk mengatasi pandemik Covid-19 secepat mungkin agar rakyat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pada Persidangan Dewan Undangan negeri Johor hari ini, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, diangggarkan sekurang-kurangnya seramai 779 guru di negeri itu enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Madzlan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memberi penerangan tentang kebaikan vaksin agar golongan guru terbabit bersedia untuk menerima suntikan. – MalaysiaGazette