PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang akan dilanjutkan bermula Sabtu ini sehingga 3 Disember depan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, mulai 27 Ogos hingga 9 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, daripada jumlah itu, tiga lokaliti di Telupid iaitu Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia.

“Dua lokaliti pula di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan manakala dua lagi lokaliti di Ranau iaitu Kampung Lohan Ulu dan Kampung Libang.

“Tiga lagi lokaliti lain di Sabah ialah Rancangan Batu 22 Apas di Tawau; Kampung Landung Ayang di Kudat serta Kampung Pengalat Kecil di Papar,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook  hari ini.

Selain Sabah, turut dikenakan PKPD ialah satu lokaliti di Johor iaitu Kampung Orang Asli Kuala Masai di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok hingga 8 September ini.

“Manakala satu lokaliti di Pahang pula melibatkan Ladang Cheekah di Bera,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak enam lokaliti PKPD di Tuaran, Sabah akan dilanjutkan 14 hari lagi bermula esok sehingga 9 September, melibatkan Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Serusop, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

“Dua lagi lokaliti yang dilanjutkan PKPD di daerah Tawau ialah Kampung Bergosong di Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8 mulai 27 Ogos hingga 9 September ini,” katanya.

Sementara itu, tiga Perkampungan Orang Asli di Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan pula ditamatkan PKPD mulai esok, melibatkan Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang dan Kampung Sendrop.

Katanya, turut ditamatkan PKPD berkuatkuasa esok melibatkan 12 lokaliti di Sabah iaitu tiga di Tuaran, antaranya Kampung Bolong Baru, Kampung Sungai Damit dan Kampung Simpangan, manakala dua lagi di Kinabatangan iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1.

“Turut ditamatkan PKPD di Sabah ialah Kampung Lahat-Lahat di Pulau Sebatik dan Kampung Kongsi 8 di Tawau; dua Perumahan Ladang di Beluran iaitu Perumahan Ladang Reka Halus dan Perumahan Ladang Boustead Trunkline; Kampung Kayu Madang, Telipok di Kota Kinabalu; Kampung Batition di Kota Marudu serta Kampung Sunsuron di Tambunan. – MalaysiaGazette