Bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Abd Razak menunjukkan barangan bantuan yang akan diterima oleh penduduk yang terkesan akibat bajir kilat di Yan Kedah semasa program Ôflag offÕ di Langage Duta, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Rakyat negara ini dahagakan pembaharuan dalam usaha kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mencari mekanisme yang sesuai  bagi melicinkan pentadbiran di Putrajaya.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, strategi dan dasar lama yang tidak menunjukkan sebarang hasil perlu digantikan dengan pendekatan baharu supaya setiap usaha kerajaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

“Strategi lama tak menampakan kesan kalau diteruskan maka itu tak boleh dharapkan peningkatan keberhasilan dan ini adalah harapan rakyat berdasarkan komen yang saya dapat teliti di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat flag off penghantaran sumbangan untuk mangsa banjir Merbok dan Yan, Kedah dari kediamannya di Langgak Duta, hari ini.

Sumbangan berupa barangan keperluan yang terdiri daripada lampin pakai buang, beras, bihun dan pelitup muka.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu melihat bahawa Ismail Sabri sudah memahami keperluan yang perlu diberi keutamaan untuk rakyat berdasarkan ucapan sulung beliau selaku Perdana Menteri pada Ahad lalu.

Sehubungan dengan itu, beliau minta rakyat memberikan ruang dan masa kepada Ismail Sabri untuk mengatur gerak kerja beliau sebagai Perdana Menteri sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita kena bagi masa sikit untuk pentadbiran hari ini menggubal starategi yang perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan iaitu menangani covid-19, ekonomi dan memupuk semangat kekitaan sesama kita,” nasihat Najib.

Ditanya mengenai nama kerajaan baru Ismail Sabri, Najib berkata perkara itu tidak menjadi keutamaan kepada kerajaan sekarang.

Apa yang penting, kata Najib adalah kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat lebih daripada segalanya.

“Yang lebih diutamakan kerajaan baharu yang akan menentukan reaksi rakyat dan penilaian rakyat, akhirnya bukan kepada apa tapi kepada keberhasilan yang dilakukan kerajaan.

“Sebab itu semasa saya mentadbirkan negara saya mengutamakan pencapaian diutamakan, yang mana kita mesti menunjukkan pencapaian inilah rakyat nak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. KERAJAAN YANG SAH BERDAULAT……KERAJAAN MALAYSIA/KERAJAAN PERSEKUTUAN
    Memang janggal jika guna nama parti seperti kerajaan barisan nasional sedia berunding dgn kerajaan BRUNEI

Comments are closed.