LONDON – Super ejen Mino Raiola menuntut gaji sehingga £820,000 (RM4.72 juta) seminggu untuk Erling Haaland punca Chelsea terpaksa menarik semula minat ke atas penyerang muda Borussia Dortmund itu.
Segala tuntutan melampau itu oleh Raiola kepada the Blues rupa-rupanya punca utama skuad Thomas Tuchel terpaksa membeli Romelu Lukaku dari kelab Serie A Inter Milan dengan yuran berjumlah £98 juta.
Bagaimanapun, Manchester United pula dikatakan kelab pilihan yang akan menandatangani pemain muda prolifik yang memiliki 41 gol menerusi 41 perlawanan setelah klausa £64 juta diaktifkan menjelang Januari 2022.
Hubungan baik pemain berkenaan yang pernah beraksi bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer di Sweden dikatakan faktor yang menjadi kelebihan untuk Man United mengikat segera khidmat pemain itu.
Sebelum ini Shinji Kagawa dan Mkhitaryan antara pemain Borussia Dortmund yang berhijrah ke Old Trafford dan Jadon Sancho merupakan edisi terkini musim ini.- Dailymail.com