Foto Instagram Sheila Rusly.

KUALA LUMPUR – Pengarah Jinggo dan isterinya, Sheila Rusly membuat laporan polis semalam berhubung satu fitnah yang telah dilemparkan oleh pengendali Facebook.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Sheila menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya yang menujukkan suami beliau memegang laporan polis yang dipercayai dibuat di Balai Polis Taman Melawati.

“Saya tak main-main bila melibatkan maruah keluarga,” tulisnya ringkas pada hantaran gambar berkenaan.

Selasa lalu, Sheila yang juga pelakon berkata, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat fitnah membabitkan maruah keluarganya.

Sheila, 50, juga mencabar pihak yang menyebarkan fitnah agar tampil dengan bukti jika dakwaan itu benar.

Sebelum itu menerusi Instagram, dia berkongsi paparan skrin satu Facebook Page menulis mengenai punca hubungannya dengan pelakon, Janna Nick retak kerana aktres itu menolak untuk dikahwinkan dengan anaknya, Uzair Haqimy.

Pengendali akaun Facebook berkenaan menulis; “Dulu Sheila Rusly nak recommend Janna Nick untuk anak Sheila Rusly tapi Janna Nick tak nak jadi pilih Elisya Sandha ni.

“Kepada perempuan di luar sana, kalau mak atau mak angkat awak nak recommend calon terima sajalah sebab itu jalan terbaik,” tulisnya.

Pada 21 Ogos lalu, anak sulung Sheila, Uzair, 25, selamat disatukan dengan Elisya yang juga seorang pelakon di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID), Selangor. – MalaysiaGazette