Taqiuddin Cheman

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri seperti ketandusan pemimpin yang berkebolehan untuk diberi tanggungjawab sebagai menteri dalam kerajaan baharunya.

Ini jelas, Kabinet baharu yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri pagi tadi, hanya membuat rombakan kecil untuk beberapa portfolio.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, sebahagian besar menteri yang berada dalam Kabinet semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin dikekalkan meskipun telah terbukti gagal.

“Pengumuman barisan Kabinet yang diumumkan Ismail Sabri jelas menunjukkan beliau ketandusan pemimpin yang berkebolehan untuk diberi tanggungjawab sebagai menteri dalam kerajaan.

“Barisan Kabinet ini juga dilihat gagal menterjemah aspirasi rakyat yang mahu sebuah pasukan baharu lebih berwibawa untuk membawa Malaysia keluar dari masalah yang sedang dihadapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Taqiuddin berkata, Pemuda Amanah bimbang sama ada jalinan kerjasama antara kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) yang dirundingi baru-baru ini mampu mencapai agenda reformasi dalam menggubal dasar serta polisi pro-rakyat seperti dinyatakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang menggesa agar pertimbangan dan penelitian yang lebih mendalam dibuat oleh PH sebelum sebarang bentuk kerjasama atau persefahaman dimeterai bersama kerajaan.

“Kita bimbang sekiranya semua yang dipersetujui tidak ditunaikan seperti diharapkan, ia akan mengheret PH bersama dalam menanggung kegagalan kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ustaz taqi cermiNlah diri am NANAH …MENIKUS SELAMA 22 bulan dan meredhai apa yang DAPIGS perlekehkan pada ISLAM dan negara….ISU ICERD/IKTIRAF LGBT/ARAK FEST/GANGGUAN AZAN DI PP TH/ZAKAT DIURUSKAN PUAK KAFIR/jata negara/LAGU negaraku buat lawak/BENDERA 3 BINTANG/bawa abu KOMUNIS/HINA RASULLULAH

    EGO BUSUK HATI MENOLAK TAWARAN TSMY…tidak hairan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak berminat menubuhkan kerajaan perpaduan bersama pembangkang
    MAT SABURABUT isytihar seolah2 TSMY dihukum bunuh spt di luar negara
    mahpuss bengong dengan istilah syarat dan ugutan

    BERGABUNG PULA DENGAN KETUA MUNAFIK dan RAJA NOMBOR EKOR

    ALHAMDULILLAH….NEGARA TIDAK DI TADBIR OLEH PM PELIWAT/PEMFITNAH /MUNAFIK yang KEMARUK KUASA DAN SAKIT MENTAL….rujuk kebiadapan sidang parlimen tempohari ….Tiada hormat bacaan FATIHAH dan perangai spt BEROK2…rujuk Sultan Johor jgn buat sangkar BEROK

Comments are closed.