Undi18 Sarawak state election polls Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Undi18 voters Election Commission anti-party hopping
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Pelantikannya sebagai sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dianggap Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai peluang untuk membuat pembaharuan khususnya Parlimen.

Menurut beliau, ia lebih kepada amanah dan berharap dapat membuat pembaharuan termasuk struktur undang-undang agar lebih relevan untuk disesuaikan dengan lanskap politik semasa.

“Saya juga akan menjadikannya keutamaan untuk memastikan hak-hak rakyat di Sabah dan Sarawak akan dijaga seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memilih saya untuk menjadi anggota Kabinet baharunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, barisan Kabinet lain juga merupakan wajah-wajah yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

“Ada yang ditugaskan kembali ke portfolio baru, ia bagaikan petunjuk bahawa perdana menteri ingin melihat kesinambungan pada usaha yang telah dilaksanakan, iaitu pada beberapa keutamaan – memerangi Covid-19, menghidupkan semula ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat.

“Walaupun begitu, lama atau baru, mereka yang dipilih untuk menerajui kementerian tentunya tidak mempunyai waktu terluang kerana diberi masa 100 hari untuk memastikan membuahkan hasil setelah memikul tugas,” katanya.

Tambah Wan Junaidi lagi, ia dapat dilihat betapa Ismail Sabri serius apabila mengatakan barisan Kabinet baru ini berfungsi sebagai pasukan pengurusannya untuk bekerjasama dengan rakyat.

Wan Junaidi menggantikan tempat Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast