Foto Instagram Fahrin Ahmad.

KUALA LUMPUR – Bila sebut sahaja tentang Tongkat Ali, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah kemampuan herba ini dalam meningkatkan kemampuan seksual lelaki.

Tambahan pula, terdapat banyak produk berasaskan Tongkat Ali yang berada di pasaran dari kapsul, akar kering hinggalah ke kopi 3 dalam 1.

Bagaimanapun, selebriti popular, Fahrin Ahmad berkata, tanggapan itu perlu dibetulkan apabila ia merupakan tumbuhan herba yang memiliki pelbagai khasiat sama ada untuk lelaki sudah berkahwin atau bujang.

“Tapi ia bukanlah sejenis tumbuhan yang hanya dikhususkan khasiatnya untuk lelaki dan seks sahaja. Malah, khasiat Tongkat Ali juga baik untuk tenaga buat mereka yang belum berkahwin.

“Kita sedar banyak suplemen di pasaran pada hari ini. Apa yang penting, kita perlu bijak memilih produk yang tepat dan melalui ujian klinikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi hos forum digital tertajuk Senior #TerusAktif Berpandukan Sains anjuran Nu-Prep, sebuah jenama suplemen di bawah Biotropics Malaysia Berhad (BMB) bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia di sini hari ini.

Panel lain yang terlibat adalah Pakar Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan & Felo H-Care, Prof Madya Dr. Noorlaili, Pakar Gaya Hidup Sihat, Dr. Norman Norawi dan dramatis, Esma Daniel yang turut membuat perkongsian tentang pengalamannya mengamalkan kehidupan yang terus aktif di usia yang telahpun mencecah 50 tahun.

Sementara itu, Penolong Pengurus BMB, Noorsyarida Mohd Sapiai berkata, Nu-Prep telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakan warga emas di negara untuk terus aktif dan cergas di usia tua.

Justeru, kata beliau, forum itu telah membincangkan tentang isu-isu yang sering dialami oleh warga emas, punca masalah yang dialami dan juga bagaimana kita boleh menyelesaikan atau mengurangkan risiko masalah tersebut.

Forum digital tertajuk Senior #TerusAktif Berpandukan Sains dianjurkaan Nu-Prep iaitu sebuah jenama suplemen di bawah Biotropics Malaysia Berhad (BMB) bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia.

“Nu-Prep mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita yang membantu untuk mengekal dan menambah tenaga di dalam badan

“Selain mencapai objektif yang sedia ada, kempen oleh Nu-Prep ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada warga emas di Malaysia untuk melakukan pengesanan awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang kerap dialami di usia emas,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari www.nuprep.com.my atau laman Facebook Nu-Prep Malaysia.

Sementara itu, Hari Warga Emas Sedunia disambut pada 21 Ogos yang lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast