KABUL –  Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di sini mungkin akan menjadi sasaran serangan dalam sehari dua lagi.

Berdasarkan maklumat risikan yang diterima, semua tentera Amerika Syarikat (AS) diminta mengambil langkah ketat termasuk menggunakan kekerasan bagi melindungi diri.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS, Joe Biden semalam selepas mengadakan pertemuan dengan pasukan keselamatan negara di Washington bersama komander lapangan di Afghanistan.

Menurut laporan yang dipetik daripada agensi berita Anadolu, mesyuarat berkenaan telah membincangkan serangan yang dibuat ke atas tenteranya di lapangan terbang berkenaan pada Khamis lepas.

Beliau berikrar akan terus memburu dalang yang bertanggungjawab melancarkan serangan yang telah mengorbankan 13 anggotanya dan lebih 160 orang awam.

Sejurus selepas kejadian, AS bertindak membalas pembunuhan dengan melancarkan serangan dron ke atas kumpulan Daesh yang mengaku mendalangi serangan nekad berkenaan.

Meskipun keadaan semakin meruncing, Biden maklumkan usaha pemindahan akan diteruskan dan sehingga semalam lebih 6,800 orang termasuk beratas-ratus penduduk Afghanistan telah berjaya diangkut keluar dari negara itu.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast