Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 285 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengahari ini.

Ia merupakan pertambahan 33 kes setakat 24 jam lalu berbanding 252 kes maut akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menyaksikan kumulatih jumlah kematian setakat hari ini sebanyak 16,087 kes atau 0.94 peratus.

Daripada jumlah kematian hari ini, 240 orang mangsa adalah warga tempatan manakala 45 lagi adalah bukan warganegara.

“Justeru sebanyak 51 kes lagi adalah dirujuk ke hospital selepas kematian di luar atau Brought In Dead (BID) yang mana 30 daripada simati adalah warga tempatan dan 21 lagi adalah warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, hari ini sebanyak 20,579 kes positif Covid-19 dilaporkan di dalam negara sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif adalah 1,706,089 kes.

Manakala katanya, tujuh daripada kes baharu berkenaan adalah import membabitkan empat warganegara dan tiga bukan warganegara.

Ujar beliau sebanyak 267,997 kes aktif dilaporkan hari ini disusuli jumlah dirawat Unit Rawatan Rapi meningkat kepada 1,009  daripada 986 direkodkan semalam manakala seramai 477  memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa yang sama sebanyak 20,845 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini menjadikan kumulatifnya setakat ini adalah sebanyak 1,422,005 atau 83.4 peratus.

Dr Noor Hisham menambah, daripada 20,579 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 455 kes (2.2 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 20,124 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Dapatan ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19 yang mana ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” ujarnya.

Menyentuh bab kematian berjumlah 285 kes hari ini, kata beliau 110 daripadanya dilaporkan di Selangor melibatkan 57 lelaki dan 53 wanita, disusuli 50 kes melibatkan 26 lelaki dan 24 wanita di Johor, 46 kes (23 lelaki dan 23 wanita) di Sabah, 22 kes (10 lelaki dan 12 wanita) di WPKL, 16 kes (7 lelaki, sembilan wanita) di Pulau Pinang.

Lapan kes kematian lagi (5 lelaki, 3 wanita) dicatatkan di Perak, masing-masing tujuh kematian (4 lelaki dan 3 wanita) di Terengganu dan (5 lelaki, 2 wanita) Kelantan; lima kes (2 lelaki, 3 wanita) di Kedah; empat kes (3 lelaki dan 1 wanita) di Negeri Sembilan dan (2 lelaki, 2 wanita) Pahang, serta masing-masing dua kes (lelaki) di Perlis, 1 lelaki, 1 wanita di Melaka dan di Sarawak.

“Daripada 285 kematian itu seramai 240 adalah warga tempatan dan selebihnya warga asing manakala 30 kes BID adalah warga tempatan dan 21 BID warga asing,” tegasnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jumlah positif Covid-19 catat 20,579 kes

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast