KUALA LUMPUR – Hanya tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 31 Ogos hingga 13 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti itu ialah Kampung Bukit Gemuk di Tawau dan Kampung Nasakot di Ranau, Sabah.
Satu lokaliti lagi, kata beliau, ialah Kampung Nelayan Benut dalam Mukim Sungai Pinggan, Pontian, Johor.
Manakala lokaliti yang dilanjutkan tempoh PKPD sehingga 13 September ini ialah Taman Megah Jaya (Lorong 2, 3, 9 & 10) Tawau, Sabah.
Sementara itu, katanya, sebanyak 37 lokaliti melibatkan kawasan di Sabah dan Terengganu telah ditamatkan PKPD mulai esok.
Lokaliti itu ialah Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu dan Kampung Suang Punggur di Kota Belud, Sabah.
Di Terengganu pula sebanyak 34 kawasan ditamatkan esok iaitu Kampung Bukit Cina dalam Mukim Pasir Akar, Besut; diikuti Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kg Molek, Bijangga, Sungai Udang dan Sungai Penaga.
Turut ditamatkan, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar dalam Mukim Kuala Dungun.
Lokaliti dalam Mukim Sura, Dungun ialah Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kg. Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Paya Balai Besar, Alor Tempoyak, dan Sura Lapangan Terbang.
Juga akan ditamatkan ialah Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Sura Tengah, Pak Sabah dan Taman Rakyat Jaya. – MalaysiaGazette