Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes kematian baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini sebanyak 295 kes melibatkan 261 warganegara dan 34 kes bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu meningkat berbanding semalam sebanyak 285 kes kematian – menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 16,382 kes iaitu 0.95 peratus.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

Menurut Dr. Noor Hisham, jumlah kes sembuh baharu hari ini pula 21,257 kes dengan kumulatifnya bertambah kepada 1,443,262 kes iaitu 83.65 peratus.

“Jumlah kes baharu Covid-19 ialah 19,268 kes dengan jumlah kumulatif meningkatkan 1,725,357 kes sehingga petang ini.

“Begitu juga jumlah kes aktif yang direkodkan pula sebanyak 265,713 kes iaitu kes tempatan: 19,252 kes dengan 16,662 warganegara dan 2,590 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes import pula dikesan sebanyak 16 kes iaitu empat melibatkan warganegara dan 12 lagi bukan warganegara.

Kata Dr. Noor Hisham, data mengenai mereka yang meninggal dunia termasuk kematian sebelum tiba di hospital (BOD) ialah 53 kes dengan 39 kes warganegara dan 14 lagi bukan warganegara.

“KKM turut merekodkan kes pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara berjumlah 1,033 kes, manakala 476 kes diintubasi,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes baharu positif Covid-19 hari ini 19,268 kes