KUALA LUMPUR – Jumlah kumulatif pemberian vaksin sehingga jam 11.59 malam ini telah mencecah 34,027,548 dos.
Menurut info grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah itu mewakili individu yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk vaksin Covid-19 dos tunggal, CanSino.
Menurut kenyataan itu, negeri terbanyak menerima dos vaksin sekurang-kurangnya satu dos ialah Lembah Klang 6,836,892 dan 5,563,589 dos kedua.
Lembah Klang adalah gabungan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Negeri yang terbanyak vaksinasi ialah Johor 2,070,324 dos pertama, 1,249,133 dos kedua, diikuti Sarawak (1,846,084 / 1,770,942), Sabah (1,576,996 / 1,047,277), Perak 1,212,953 / 873,315), Pulau Pinang (1,131,813 / 746,992) dan Kedah 1,055,285 / 680,792).
Negeri bawah satu juta sekurang-kurangnya satu dos ialah Wilayah Persekutuan Labuan (69,682 / 63,830), Negeri Sembilan 774,179 / 631,173), Perlis 156,061 / 118,916), Melaka 531,799 / 386,198), Pahang 735,997 / 595,319), Terengganu 653,794 / 378,444) dan Kelantan (737,533 / 542,670). – MalaysiaGazette