Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin admitted hospital diarrhoea
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berharap jemaah menteri yang baru dilantik akan memberikan tumpuan segera kepada usaha-usaha untuk memulihkan negara daripada wabak COVID-19.

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berharap kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada golongan rakyat yang memerlukan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

“Program vaksinasi yang telah menunjukkan pencapaian menggalakkan dengan lebih 62 peratus populasi dewasa setakat ini telah menerima dua dos suntikan lengkap
vaksin mesti dipastikan terus berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan pembukaan sektor-sektor ekonomi mengikut fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara mesti dilaksanakan dengan teratur tanpa menjejaskan
sasaran pemulihan negara daripada wabak Covid-19,” katanya bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, program-program bantuan prihatin rakyat juga mesti diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam fasa pemulihan negara.

Terdahulu beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan jemaah menteri yang telah mengangkat sumpah jawatan dan setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah hari ini dan juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan menteri dari PN.

“Sesungguhnya pelantikan ini adalah suatu amanah berat yang mesti dipikul dengan penuh jujur, ikhlas dan berintegriti selaras dengan prinsip Rukun Negara dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai badan yang menjalankan fungsi Eksekutif Persekutuan, jemaah menteri adalah badan tertinggi yang memutuskan dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan di setiap peringkat kerajaan. Maka, fungsi ini mestilah dilaksanakan dengan penuh
wibawa demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.- MalaysiaGazette